Profil ILMURE

Berdedikasi dalam merungkai kerumitan pengurusan prosedur insolvensi dan memberi pencerahan perundangan kepada masyarakat sejak 2013.

Sejarah Penubuhan

Sebelum bergerak secara rasmi sebagai sebuah entiti perundingan, tugas-tugas membantu golongan bankrap digalas secara persendirian oleh Encik Ikaz bermula seawal tahun 2013. Beritik-tolak daripada usaha membantu kenalan terdekat yang buntu dengan urusan insolvensi, ia telah mencetuskan inspirasi kepada beliau untuk membukukan segala kepakaran teknikal dan pengalaman tersebut.

ILMURE kemudiannya ditubuhkan secara rasmi rentetan daripada pelancaran naskhah rujukan komprehensif bertajuk, "Bankrap Bukan Muflis – Pengenalan Dunia Bankrap". Penubuhan platform ini merupakan manifestasi terhadap desakan dan keperluan rakyat Malaysia yang dahagakan saluran maklumat yang sahih, tepat, dan praktikal mengenai hal ehwal kebankrapan.

Berbekalkan niat murni, Encik Ikaz memastikan ILMURE terus kekal sebagai pakar rujuk industri yang memudahkan masyarakat merangka jalan keluar dari belenggu birokrasi insolvensi.

Buku Bankrap Bukan Muflis oleh Ikaz
Koleksi Karya Penulisan Ikaz

Mandat & Kepercayaan PPIM

Usaha dan integriti Encik Ikaz turut mendapat perhatian dan kepercayaan langsung daripada Datuk Nadzim Johan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Dengan amanah yang diberikan, ILMURE memikul tanggungjawab untuk membantu seramai mungkin golongan bankrap semampu yang boleh.

Moga perjuangan berkongsi ilmu pengetahuan prosedur ini menjadi asbab perjuangan yang mulia, berlandaskan pedoman hadis Rasulullah S.A.W:

"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya."

— Riwayat Muslim (Kitab Wasiyyah)