Profil ILMURE | Pakar Dokumentasi & Prosedur Insolvensi Sejak 2013
Entiti Pengurusan & Dokumentasi Insolvensi

Profil ILMURE

Membimbing penyediaan dokumentasi, pematuhan prosedur insolvensi, dan perancangan pelepasan kebankrapan secara profesional, telus, dan berintegriti sejak 2013.

2013
Tahun Bermula
10+ Thn
Pengalaman Khusus
2 Siri
Buku Terbitan Pasaran
100% P&C
Kerahsiaan Terpelihara
Kisah & Legasi

Sejarah Penubuhan

Sebelum bergerak secara rasmi sebagai sebuah entiti perundingan berdaftar di bawah Ilmu Mutiara Rebranding Sdn. Bhd. (202601042628 / 1704723-D), tugas-tugas membantu golongan bankrap digalas secara persendirian oleh Encik Ikaz bermula seawal tahun 2013.

Beritik-tolak daripada usaha membantu kenalan terdekat yang buntu dengan urusan insolvensi dan tidak tahu cara berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), ia telah mencetuskan inspirasi kepada beliau untuk membukukan segala kepakaran teknikal, tatacara borang, dan pengalaman praktikal tersebut.

ILMURE kemudiannya melakar sejarah tersendiri rentetan daripada sambutan luar biasa terhadap dua naskhah rujukan komprehensif hasil penulisan Encik Ikaz yang telah diterbitkan oleh pihak penerbit dan dipasarkan secara meluas:

  • Siri 1: "Bankrap Bukan Muflis – Pengenalan Dunia Bankrap" Membongkar hakikat sebenar status insolvensi di Malaysia, membetulkan mitos umum, serta menerangkan hak undang-undang dan perlindungan asas individu bankrap.
  • Siri 2: "Bankrap Bukan Muflis – Pentadbiran Kebankrapan" Panduan teknikal dan tatacara praktikal menguruskan pentadbiran kes, penyediaan penyata kewangan, serta prosedur rasmi bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).

Penubuhan platform ILMURE merupakan manifestasi terhadap desakan dan keperluan rakyat Malaysia yang dahagakan saluran rujukan yang sahih, berwibawa, dan praktikal. Berbekalkan prinsip ketelusan dan profesionalisme, Encik Ikaz memastikan ILMURE terus kekal sebagai pakar rujuk pengurusan dokumentasi yang memudahkan masyarakat merangka pelan pelepasan yang teratur mengikut lunas Akta Insolvensi 1967.

Dua Siri Buku Bankrap Bukan Muflis oleh Ikaz
Koleksi Dwi-Karya Penulisan Tuan Ikaz
Siri 1 & Siri 2 • Terbitan Rasmi & Pasaran Komersial

Mandat & Kepercayaan PPIM

Usaha, rekod perkhidmatan, dan integriti Tuan Ikaz turut mendapat perhatian dan kepercayaan langsung daripada Dato' Nadzim Johan (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia — PPIM). Dengan amanah yang diberikan, ILMURE terus memikul tanggungjawab membimbing seramai mungkin individu yang terjejas agar dapat kembali membina masa depan kewangan yang bebas.

Moga perjuangan berkongsi ilmu pengetahuan dan pemudah cara prosedur ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan, berlandaskan pedoman hadis Rasulullah S.A.W:

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”

— Riwayat Muslim (Kitab Wasiyyah)
Langkah Seterusnya

Bersedia Untuk Selesaikan Status Kebankrapan Anda?

Jangan biarkan status bankrap berlarutan tanpa pelan tindakan. Daftar butiran kes anda di Portal Rasmi ILMURE atau hubungi Tuan Ikaz secara terus untuk penilaian awal.

Ingin mengetahui senarai penuh perkhidmatan & yuran dokumentasi kami? Lihat Senarai Servis Rasmi Di Sini →