ILMU MUTIARA REBRANDING SDN. BHD. menyediakan khidmat pengurusan dokumentasi kebankrapan secara profesional & berbayar. Jika anda belum pasti status atau kelayakan fail, anda boleh bermula dengan Carian Status (RM 100) atau Sesi Konsultasi (RM 500):
Khidmat bimbingan & penyediaan kertas kerja insolvensi profesional berbayar sejak 2013. Berasaskan undang-undang Akta Insolvensi 1967 dan piawaian Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Langkah pertama yang kritikal sebelum sebarang tindakan mitigasi diambil. Kami melaksanakan carian rasmi yang teliti dan menyemak status terkini fail anda melalui saluran yang sah dalam tempoh ~24 jam untuk pengesahan rekod MdI.
Khidmat rundingan profesional bagi penyediaan kertas kerja pembatalan kes kebankrapan di bawah Seksyen 105 Akta Insolvensi 1967. Kami membantu memastikan segala keperluan dokumentasi dan penyata penyelesaian dipenuhi dengan sempurna.
Memahami bebanan ekonomi semasa, kami membantu merangka semula penyata kewangan anda. Kami bertindak sebagai pemudah cara dalam menyediakan draf rundingan jadual ansuran bulanan bersama Jabatan Insolvensi mengikut kemampuan sebenar.
Akses kepada perbankan asas adalah hak kelangsungan hidup. Kami menyediakan draf sokongan rasmi yang teratur mengikut kehendak prosedur bagi melancarkan permohonan kebenaran membuka akaun simpanan fasiliti asas atau akaun gaji khusus individu bankrap.
Mengurus tadbir penyediaan kertas kerja dan dokumentasi bersyarat bagi memohon pelepasan perjalanan antarabangsa kepada Ketua Pengarah Insolvensi. Sama ada atas urusan tuntutan kerja, umrah, atau perubatan keluarga.
Individu berstatus bankrap dilarang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran bertulis KPI. Kami membantu menyusun draf permohonan rasmi, pelan unjuran aliran tunai perniagaan sara hidup, dan justifikasi permohonan.
Sesi bersemuka (*Face-to-Face*) secara personal dan tertutup bersama Tuan Ikaz di Suite Kajang. Bincang semakan terperinci fail kes anda dari A–Z untuk merangka strategi selamat keluar daripada kemelut hutang.
Pelepasan jenis ini bergantung kepada budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) berasaskan rekod kelakuan, tahap kerjasama dan bayaran dividen kepada pemiutang.
Seksyen 33C menyediakan sistem pembebasan automatik selepas 3 tahun dari tarikh penyerahan Penyata Hal Ehwal (PHE) asalkan anda mematuhi sasaran sumbangan dividen KPI.
-