ILMU MUTIARA REBRANDING SDN. BHD. adalah sebuah syarikat Sdn. Bhd. yang menguruskan dokumentasi kebankrapan secara berbayar. Sila ambil maklum struktur Yuran Perkhidmatan Rasmi kami sebelum meneruskan permohonan:
Berpengalaman sejak 2013 menguruskan fail insolvensi. Kami membantu merangka penyata kewangan, draf rayuan, dan permohonan pelepasan rasmi kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) secara profesional, telus, dan 100% P&C (Private & Confidential).
Semak Kelayakan & Daftar KesKes Diuruskan
P&C (Private & Confidential)
Berdaftar & Berpengalaman

"Bankrap itu bukan pengakhiran sebenarnya tetapi sekadar proses untuk melepaskan diri kita daripada cengkaman dan membina semula kehidupan. Ilmu ini telah dikongsikan oleh penulis bersama dengan Unit Konsultasi Kebankrapan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)."
Semakan pengesahan rasmi status kebankrapan terkini sama ada seseorang individu berstatus bankrap atau tidak.
Sesi pertemuan tertutup bersama Tuan Ikaz bagi membincangkan kedudukan kes dan mendapatkan pandangan profesional.
Pengurusan dokumentasi bagi membatalkan status bankrap seolah-olah tidak pernah bankrap melalui penyelesaian penuh hutang (POD).
Permohonan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) bagi kes melebihi 5 tahun dari tarikh perintah.
Laluan pelepasan selepas 3 tahun dari tarikh serahan Pernyataan Hal Ehwal (PHE), khusus untuk POD di bawah RM 1 Juta.
Bantuan menyusun penyata kewangan dan surat permohonan rasmi bagi semakan semula kadar ansuran bulanan MdI.
Penyediaan kertas kerja dan draf sokongan bagi memohon kelulusan membuka atau mengaktifkan akaun bank daripada MdI.
Mengurus kertas kerja permohonan bersyarat kepada MdI bagi mendapatkan kebenaran perjalanan ke luar negara secara sementara.
Penyediaan dokumentasi permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk kebenaran menjalankan perniagaan.
Sesi bimbingan intensif selama 3 jam bersama Tuan Ikaz mengenai ilmu pra-kebankrapan dan persediaan menghadapi tindakan.
Tonton kupasan strategi perundangan bersama Tuan Ikaz serta pengakuan sebenar klien kami yang telah berjaya keluar daripada belenggu kebankrapan.

Kupasan santai tetapi padat bersama Tuan Ikaz mengenai langkah dan prosedur sebenar membatalkan kes kebankrapan mengikut lunas undang-undang.
Jangan ketinggalan menonton kupasan kes sebenar, tips insolvensi, dan soal jawab bersama Tuan Ikaz setiap minggu.
Bagi Carian Rasmi Status Kebankrapan (RM 100), keputusan pengesahan status sama ada individu tersebut bankrap atau tidak akan diperoleh dalam masa 24 jam selepas bayaran dijelaskan. Bagi semua perkhidmatan pengurusan dokumentasi lain, tiada tempoh tetap yang boleh dijanjikan kerana ia tertakluk sepenuhnya kepada proses semakan dan maklum balas daripada pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Boleh. Walaupun status anda disekat, anda masih layak memohon kebenaran daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan penerimaan gaji dan sara hidup. Kami membantu menyediakan draf surat permohonan dan dokumen sokongan lengkap mengikut tertib prosedur MdI.
Secara asasnya perjalanan ke luar negara disekat. Namun, kebenaran bersyarat boleh dipohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk tujuan rasmi pekerjaan, rawatan perubatan, atau ibadah (Umrah/Haji). Kami membantu menguruskan kertas kerja permohonan dan penyelarasan dokumen sokongan anda kepada pihak MdI.
Seksyen 33A membolehkan permohonan pelepasan dikemukakan selepas 5 tahun ditadbir oleh MdI, tertakluk kepada budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) serta proses bantahan pemiutang (mengikut skala jumlah hutang / POD). Manakala Seksyen 33C adalah laluan pelepasan selepas 3 tahun (dari tarikh serahan PHE) khusus untuk kes dengan jumlah hutang (POD) di bawah RM 1,000,000 sahaja, tertakluk kepada pencapaian Target Contribution dan kepatuhan laporan.
Tidak. Tindakan kebankrapan adalah bersifat peribadi (individu). Profil kewangan, rekod CCRIS, atau akaun bank isteri/suami dan ahli keluarga anda sama sekali tidak akan terjejas. Pengecualian hanya berlaku sekiranya mereka merupakan penjamin (guarantor) kepada pinjaman anda, atau ia adalah pinjaman nama bersama (joint loan).
Sebaik sahaja anda menerima Sijil Pelepasan Kebankrapan, anda akan dibebaskan secara rasmi daripada semua hutang yang dibuktikan di dalam kebankrapan tersebut. Bagaimanapun, pelepasan ini tidak merangkumi hutang tertentu yang dikecualikan di bawah undang-undang, seperti hutang kepada Kerajaan (contoh: cukai LHDN), denda jenayah, atau hutang nafkah keluarga.
ILMU MUTIARA REBRANDING SDN. BHD. adalah sebuah syarikat Sdn. Bhd. yang berpengalaman menguruskan lebih 150 kes dokumentasi kebankrapan. Kami menyediakan perkhidmatan berbayar untuk membantu anda menyusun kertas kerja, penyata kewangan, dan surat permohonan rasmi kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dengan teratur dan tepat. Semua maklumat pelanggan dijamin 100% P&C (Private & Confidential), dan setiap transaksi bayaran adalah muktamad serta tidak boleh dipulangkan (non-refundable).
Berurusan bersama syarikat kami hari ini. Segala maklumat kes anda dijamin 100% P&C (Private & Confidential).
Mulakan Urusan SekarangPerkhidmatan ini disediakan oleh ILMU MUTIARA REBRANDING SDN. BHD.