Kesan Diisytiharkan Muflis
1. Pegawasan di bawah Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)
Setelah diisytiharkan muflis, individu tersebut akan berada dibawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir semua asset individu tersebut dan mengendalikannya untuk membayar hutang. Jadi setelah muflis, kesemua aset individu akan diletakkan dibawahan pengendalian KPI. Ini adalah cara clear ccris bank anda.
2. Had Perjalanan
Jika anda bankrap, anda tidak akan dibenarkan ke luar negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI atau sebelum mendapat kebenaran perintah mahkamah.
3. Kredit
Akaun bank yang sedia ada akan dinyahaktifkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Selain daripada itu, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan lebih dari RM1,000 menggunakan kad kredit atau dapatkan pinjaman lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang.
4. Aset
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.
5. Pekerjaan
Antara pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja disebabkan tindakan oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa melibatkan peguam, juru ukur, akauntan dan doktor, pengarah syarikat, memiliki perniagaan atau sebahagian daripada pemilik perniagaan.
Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu tersebut tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. Jadi setelah bankrap, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan.
Sumber : https://www.directlending.com.my/ms/blog/muflis-tips-elak-cara-untuk-bebas