Apakah sebab utama rakyat Malaysia diisytihar muflis?

Kebanyakan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis merupakan dalam lingkungan umur 35-44 tahun (35.25%), sementara 25-34 tahun adalah yang kedua terbanyak (22.52%). Majoriti kes muflis di Malaysia disebabkan oleh pinjaman kereta ini oleh kerana tunggakan hutang pinjaman kenderaan yang tidak dijelaskan. Selain daripada itu, sebab lain rakyat Malaysia diisytiharkan muflis ialah daripada tunggakan hutang perumahan, hutang peribadi dan hutang perniagaan.

 

Individu juga boleh diisytiharkan muflis sekiranya dia menjadi penjamin kepada orang lain. Pihak bank akan menuntut hutang daripadda penghutang terlebih dahulu, namun sekiranya penghutang tidak boleh melangsaikan hutang tersebut pihak bank akan menuntut dari individu yang bertindak menjadi penjamin kepada penghutang.

 

Sumber : https://www.directlending.com.my/ms/blog/muflis-tips-elak-cara-untuk-bebas

Scroll to Top