Terma & Syarat Perkhidmatan (Ilmure)
Dengan menghantar borang ini dan bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Ilmure, anda adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut:
1. Kesahihan Maklumat
Segala maklumat, butiran hutang, dan latar belakang perubatan yang diberikan di dalam borang ini mestilah tepat, benar, dan telus. Pihak Ilmure tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau masalah teknikal yang berpunca daripada pemalsuan atau penyembunyian fakta kes oleh pihak pelanggan.
2. Struktur Yuran dan Pembayaran
Yuran pengurusan piawai (standard) untuk perkhidmatan yang disenaraikan adalah seperti yang tertera di dalam invois. Walaubagaimanapun, bagi kes yang melibatkan jumlah hutang melebihi RM 1,000,000 (1 Juta Ringgit), kos pengurusan adalah tertakluk kepada caj tambahan antara 1.5% hingga 2% daripada jumlah hutang, yang mana akan dibincangkan dan dinilai mengikut situasi kes.
3. Keputusan Pihak Berkuasa
Ilmure bertindak sebagai perunding (consultant) pihak ketiga yang sah untuk memudah cara, menyusun struktur penyelesaian, dan berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia bagi pihak anda. Sebarang keputusan akhir berkenaan pelepasan, pengurangan ansuran, atau pembatalan kebankrapan adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa dan budi bicara Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
4. Dasar Kerahsiaan (Privacy & Confidentiality)
Kami amat menitikberatkan privasi anda. Segala data peribadi, status kewangan, dan rekod perubatan yang dikongsikan bersama Ilmure adalah SULIT dan RAHSIA. Ia hanya akan digunakan bagi tujuan rasmi permohonan dengan pihak Jabatan Insolvensi dan tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak luar tanpa kebenaran anda.
5. Pembatalan Perkhidmatan
Sebarang yuran pengurusan yang telah dibayar selepas persetujuan dimeterai adalah muktamad. Sekiranya pelanggan menarik diri di pertengahan jalan semasa proses pengurusan dokumentasi sudah berjalan, bayaran perkhidmatan tersebut tidak akan dikembalikan (non-refundable).